Polisi Pemulangan & Bayaran Balik
Dikemas kini: 9 November 2026
Produk kami ialah makanan yang mudah rosak. Atas sebab keselamatan makanan, kami tidak menerima pemulangan produk kerana pertukaran fikiran. Walau bagaimanapun, kami akan membantu jika berlaku masalah pada order anda seperti yang dinyatakan di bawah.
Bila anda layak untuk penggantian atau bayaran balik
- Produk rosak semasa penghantaran.
- Produk yang diterima salah, atau kuantiti tidak lengkap.
- Parcel tidak diterima dan disahkan hilang oleh kurier.
Cara membuat tuntutan
- Rakam video membuka parcel secara berterusan dari parcel masih bertutup sehingga produk dikeluarkan.
- Hubungi kami dalam masa 24 jam selepas parcel diterima melalui emel sweetfactorykl@gmail.com.
- Sertakan nombor order, video unboxing dan gambar produk serta label parcel.
Tuntutan tanpa video unboxing, atau yang dibuat selepas 24 jam, mungkin tidak dapat diproses.
Penyelesaian
Selepas tuntutan disemak dan diluluskan, kami akan menawarkan salah satu daripada berikut mengikut pilihan anda:
- Penghantaran semula produk yang terlibat tanpa caj tambahan; atau
- Bayaran balik untuk produk yang terlibat.
Pembatalan order
- Order boleh dibatalkan dengan bayaran balik penuh selagi order belum dibungkus. Hubungi kami secepat mungkin.
- Order yang telah dibungkus atau diserahkan kepada kurier tidak boleh dibatalkan.
Kaedah dan tempoh bayaran balik
Bayaran balik dibuat ke kaedah bayaran asal melalui penyedia pembayaran kami, CHIP, dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas diluluskan. Tempoh sebenar bergantung pada bank atau e-wallet anda.
Kes yang tidak layak
- Pertukaran fikiran atau perisa selepas order dihantar.
- Kerosakan akibat produk tidak disimpan mengikut arahan, atau parcel lewat diambil.
- Alamat atau nombor telefon yang salah diberikan oleh pelanggan.